Kerajaan kini sedang giat melaksanakan tindakan yang komprehensif dalam menghadapi semua tindakan perundangan berkaitan tuntutan pihak yang mendakwa mereka waris Kesultanan Sulu di Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan terbaharu di Belanda.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata terkini, pasukan peguam penuntut dalam proses untuk menguatkuasakan ‘final award’ oleh Dr Gonzalo Stampa di Belanda bagi menuntut melalui proses sitaan aset syarikat-syarikat Malaysia di sana.
